Friday 1 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013

Salam..
Pagi tadi (1 hb Feb 2013/20 Rabiulawal 1434H) TBF telahpun mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yg telah dirancang. Cuaca pun baik..
aktiviti ni diadakan setiap tahun sempena maulidur rasul..bg menyemai dan memupuk rasa cinta anak2 kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Perarakan sambil berselawat dimulakan seawal jam 830pagi.. Anak2 begitu teruja sekali.. berselawat dengan penuh semangat!!! Nak tahu apa yg telah berlaku semasa kami berarak... adalah sekor anjing melalak kuat di kawsn kejiranan nih..sy ckp kat anak2..kita berselawat lagi kuat..kalahkan suara anjing tu.. emmm...terus terdiam anjing tu dgr suara anak2 berselawat ...
Selesai berarak..anak2 memperdengarkan bacaan ayat lazim dr adik farish rukaini, danish ashraf, darine naurrah n sofea. selepas tu anak2 mendengar sirah kelahiran rasulullah.
Anak2 dijamu dgn nasi minyak, ayam masak kurma n kuah dalca. Habis licin anak2 ni makan. Memmang  seronok lah tengok anak2 ni makan di dalam dulang..amalan rasulullah..semoga anak2 tbf bersatu hati dan saling kasih mengasahi sesama mereka..amin..
Pada sambutan kali ni, diadakan juga pertandingan mewarna..Alhamdulillah..majlis selesai pada jam 11 pagi. Jom la tgk gmbr anak2 ni..Semoga anak2  didik mengenali Rasullullah "Rasullullah dalam mengenangmu, kami susuri lembaran sirahmu..pahit getir perjuanganmu,membawa cahaya kebenaran... engkau taburkan pengorbananmu..utk umatmu yg tercinta,biar terpaaksa tempoh derita..cekalnya hatimu menempuh ranjaunya..tidak terbalas segala jasamu,sesungguhnya engkau rasul mulia.. Walau tak pernah melihat wajahmu..tapi kami mengamal sunnahmu..:)
























Saturday 12 January 2013


Salam..
Dah nak masuk minggu ketiga persekolahan bagi tahun 2013.Baru hari ni sempat nak mengupdate blog...Alhamdulillah tahun ni spt tahun2 yg lepas..still maintain dgn pendaftaran murid baru yang sgt memberansangkan..walaupun ada jugak murid lama yg x still continue at TBF.. takla ramai ada la 4 org yg kuar n g tadika lain..btw cikgu doakan anak2 yg pernah belajar kat sini akan berjaya  n cemerlang di dalam mengejar ilmu dunia dan akhirat..Amin..
Owh ya..minggu orientasi berjalan dgn sempurna dan berjaya seperti yg telah dirancang.. Walaupun ada yg nangis2..taknak berenggang ngan ibu ayah ..namun begitu cikgu2 semuanya pandai meng'handle' anak2 ni.. Jom la tgk gelagat anak2 ni..tak perlu kata apa2...tgk gambar dah leh tahu kan Comei2 anak2 ni..










Walaupun dah nak masuk minggu ke tiga ni..ada lg yg nangis..tahun ni anak2 yg nangis semuanya sebut.. "nak abah...nak ayah...nak papa..."...takde plak anak2 ni nangis n menyebut ibu/mama/emak... emm.. anak...anak....cikgu doakan anak2 TBF dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran yg baru serta dpt  menimba ilmu dan belajar dlm situasi yg menggembirakan.. Amin..