Salam =)
Minggu ni aktiviti seni visual ialah mengikut tema "Haiwan Jinak".. Kadang2 tu pening jugak nak memikirkan apa aktiviti tuk anak2 ni...nak suruh mereka mewarna pada gambar haiwan yang tersedia dah selalu sangat mereka mewarna..nasib baik la ada rakan2 FB dari prasek satu M'sia yang bermurah hati nak share...
Bila saya mula menunjukkan contoh2 gambar haiwan yang telah siap saya lukis..Wahhhh!!! Seronok sungguh anak2 ni... Dengan menggunakan jari lima ini lah telah membentuk haiwan2 jinak seperti ayam, burung, ikan dan arnab. Bila minta anak2 membuat pilihan..semua nak lukis arnab...Semangat sungguh anak2 ni dan bila mereka menekap menggunakan jari2 mereka..semuanya tersenyum2..malahan ada yang menyanyi2 kecil..
Tema haiwan ni tuk kelas 6Bijak n 6 Pintar...
Jom kita tengok hasil kreativiti anak2 ini.. Oh ya! Bagi anak2 kelas 5 Arif n kelas 5 Cerdik tema minggu ni ialah alatan dalam kelas.
Nanti saya upload kan hasil kreativiti anak2 5 tahun ya..
Ok la..sekian dulu.".Bersama kita mencemerlangkan anak2 kita." Assalamualaikum. :)