Salam,
Seawal jam 8.20 pagi kami telah menerima kedatangan jururawat2 dari klinik pergigian. Tak sangka pulak mereka datang lebih awal tidak seperti yang diberitahu pada hari semalam. Selesai aktiviti bacaan.. anak2 dah beratur dan bersedia untuk mengambil wuduk. Maklumlah hari ni kan hari Jumaat..ada praktikal solat.So...tak jadi lah anak2 ni nak berwuduk dan bersolat. Tujuan kedatangan jururawat2 ni hendak membuat pemeriksaan ke atas gigi anak2 dan memberi info tentang penjagaan gigi. Anak2 pun sangat teruja bila ada sessi soal jawab walaupun kekdang jawapan yang diberikan menggeletek hati kami( cikgu2 dan jururawat).. Tapi yang penting anak2 ni berani menyatakan pendapat masing2..:)
Anak2 diajar cara2 menggosok gigi dengan betul. Kepada anak2 yang mempunyai masalah gigi disarankan pergi ke klinik gigi.
Jom kita tengok aksi anak2...
Ok..sampai di sini dulu..jumpa . Bersama kita mencemerlangkan anak2 kita.. Assalamualaikum:)