Thursday, 12 July 2012

Little Chef Camp


Alhamdulillah, baru-baru ini TBF telah mengadakan satu lagi aktiviti bagi bulan Julai. The Little Chef Camp telahpun diadakan bagi murid2 6 tahun pada 7 hb Julai 2012 bermula dari jam 8 pg hingga 6 ptg. Seramai 30 orang murid yang terlibat di dalam aktiviti ini. Aktiviti ini lebih menumpukan kepada kemahiran motor halus dan memupuk semangat kerja berpasukan . Antara aktiviti2 yg diadakan adalah anak2 diajar cara2 membuat sandwish. Kemudian anak2 berpeluang memotong sayur-sayuran seperti kubis, kentang, tempe dan tauhu untuk menyediakan masak lemak lodeh bagi hidangan makan tengahari. Anak2 juga membuat sendiri telur dadar. Hmmm...memang anak2 sungguh seronok dan teruja. Bagi menambah selera untuk hidangan makan tengahari ni..cikgu2 yang rajin2 kat sini menumbuk lada wat sambal belacan, siap goreng ikan masin lagi..sampai berpeluh2 pulak cikgu2 nya makan...anak2 pun turut makan dengan berselera hingga licin periuk nasi..hehehehe.. Selepas makan tengahari, anak2 bersiap2 untuk menunaikan solat zohor. Selesai solat..time tidur la pulak..bagi cikgu2 rest sekejap...anak2pun kena rest juga. Adalah satu jam mereka tidur. Bila anak2 ni tersedar dari tidur, masing2 dah bertanya bila nak mandi kolam cikgu..(Sebenarnya daripada pagi lagi anak2 ni asyik bertanya bila nak mandi..) Anak2 kan..dah memang fitrah semulajadi mereka sukakan air:) Tapi ada satu lagi aktiviti yang anak2 perlu lakukan dalam aktiviti dalam kumpulan.. Acara "gentel menggentel tepung"..Bukan main seronok anak2 ni..hasil kerja menggentel tepung ni..ada yang bersaiz besar, ada yang bersaiz kecil, ada tu plak yang tak jadi bulatnya.. apa2pun kami berasa amat bangga dengan anak2 didik TBF ni yang mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi dan semangat ingin mencuba sesuatu perkara yang baru. Siap aja menggentel tepung untuk dijadikan bubur caca..sekali lagi mereka bertanya soalan yang sama..bila saja cikgu zara kata dah boleh mandi..mereka bersorak gembira. Terus aje nak salin baju dan mula beratur untuk mandi.. Ok la mai la kita tengok aksi2 spotan yang sempat disnap oleh kameraman yang tak pro ni... hehehheehehe..Kalau ada kelemahan dan kekurangan di dalam aktiviti perkhemahan ini, harap2nya adalah komen daripada parents..semoga dapat kami perbaiki lagi.. Sekian..Asssalamualaikum..sayang u all semua..
Cikgu Zara .