Salam,
Aktiviti outdoor TBF telah pun diadakan di Bandar Baru Pontian (Tambak) pada 27 hb April 2011 yang lalu. Maaf lah terlalu lambat nak memberi info at this blog ni atas beberapa faktor yang tak dpt dielakkan. Kita hanya merancang...
Sebenarnya rasa sedih sangat2 coz masa kami buat aktiviti ni hujan lebat. Beberapa aktiviti tak dapat dilaksanakan. Tambahan pula, cadangan kami nak "berkhemah" di persisiran pantai Tambak dengan tujuan memberi input2 yang berkaitan dengan "Cintai Alam Sekitar"...
Terpaksalah saya survey dulu area mana yang selamat untuk anak2 ni berkumpul.. pusing-pusing sekitar Tambak..so nampak gayanya "Terminal bas" lah tempat kami membuat aktiviti. Sedih rasa hati ni sebenarnya. Namun begitu objektif kami tercapai pada aktiviti kali ini iaitu:
i) Membina semangat bekerjasama dalam kumpulan
ii) Membina keyakinan diri anak2.
Jom!!!kita tengok sama2 pelbagai aksi anak2 yang sempat disnap.. Insyallah TBF akan adakan aktiviti pkhemahan di padang TBF September nanti. Mudah2an Allah permudahan urusan kami. Insyallah.
Sekian dulu. Assalamualaikum..:)
Di sini lah lokasi kami "berkhemah"...keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kami berada di persisiran pantai.
"Kerana perpaduan...Kita masih bersama"....Anak2 menyanyikan lagu Satu Malaysia dengan penuh semangat
Aktiviti berkumpulan..mencantum puzzle logo Tadika Bijak Fikir
Ini lah hasil kerjasama anak2 dalam aktiviti berkumpulan...Tahniah dan syabas cikgu ucapkan.:)