Monday, 18 July 2011

Salam,
Minggu ini sangat menyeronokkan bagi anak2 di TBF. Anak-anak sangat teruja dan tak sabar-sabar untuk menanti hari Rabu kerana hari Rabu ada aktiviti seni visual. Kanak-kanak sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan warna-warna yang pelbagai yang amat memberi "attraction" kepada mereka.
Minggu ini anak-anak berpeluang mewarna 'dalam ruangan yang tertentu" dengan menggunakan berus dan water colour..
Wah!Wah!Wah! Satu pengalaman baru bagi mereka. Kita sama-sama tengok bagaimana reaksi anak2 ini ketika mewarna dan menekap. Jelas keriangan terpamer pada wajah mereka. Apa tidaknya mereka melakukan aktiviti ini sambil menyanyi2..
Jom lah kita tengok gambar2 mereka yang sempat saya ambil.
   Aina Nadhirah dan Muaz berasa seronok ketika mewarna.
  Aeffi dan Farish mempunyai bakat seni..
        Husaini dan Dini Izzati
            
Minggu depan anak2 ini akan menyambung semula aktiviti mewarna mereka dengan membuat corak pula pada kertas lukisan yang telah diwarnakan.

Jom kita tengok pula kelas 5 Arif yang membuat tekapan berbentuk cicle.



   Irfan dan Nuraisyah Afiqah sedang membuat tekapan berbentuk circle

     Nurul Aneesah ,seorang murid yang kreatif dan sangat berminat pada aktiviti seni visual
    Amira, murid baru di TBF. Mudah mesra dengan kawan2 yang baru.
    "Saya dah siap, Cikgu!!!" Irfan bersorak puas bila hasil tekapannya berjaya disiapkan.
   Khusyuknya Haiqal hayat membuat tekapan..Cikgu snap gambar dia pun tak  dihiraukannya.