Monday, 18 July 2011

Salam,
Minggu ini sangat menyeronokkan bagi anak2 di TBF. Anak-anak sangat teruja dan tak sabar-sabar untuk menanti hari Rabu kerana hari Rabu ada aktiviti seni visual. Kanak-kanak sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan warna-warna yang pelbagai yang amat memberi "attraction" kepada mereka.
Minggu ini anak-anak berpeluang mewarna 'dalam ruangan yang tertentu" dengan menggunakan berus dan water colour..
Wah!Wah!Wah! Satu pengalaman baru bagi mereka. Kita sama-sama tengok bagaimana reaksi anak2 ini ketika mewarna dan menekap. Jelas keriangan terpamer pada wajah mereka. Apa tidaknya mereka melakukan aktiviti ini sambil menyanyi2..
Jom lah kita tengok gambar2 mereka yang sempat saya ambil.
   Aina Nadhirah dan Muaz berasa seronok ketika mewarna.
  Aeffi dan Farish mempunyai bakat seni..
        Husaini dan Dini Izzati
            
Minggu depan anak2 ini akan menyambung semula aktiviti mewarna mereka dengan membuat corak pula pada kertas lukisan yang telah diwarnakan.

Jom kita tengok pula kelas 5 Arif yang membuat tekapan berbentuk cicle.



   Irfan dan Nuraisyah Afiqah sedang membuat tekapan berbentuk circle

     Nurul Aneesah ,seorang murid yang kreatif dan sangat berminat pada aktiviti seni visual
    Amira, murid baru di TBF. Mudah mesra dengan kawan2 yang baru.
    "Saya dah siap, Cikgu!!!" Irfan bersorak puas bila hasil tekapannya berjaya disiapkan.
   Khusyuknya Haiqal hayat membuat tekapan..Cikgu snap gambar dia pun tak  dihiraukannya.

Monday, 11 July 2011

"Outdoor Activities at Bandar Baru Pontian(Tambak)

Salam,

Aktiviti outdoor TBF telah pun diadakan di Bandar Baru Pontian (Tambak) pada  27 hb April 2011 yang lalu. Maaf lah terlalu lambat nak memberi info at this blog ni atas beberapa faktor yang tak dpt dielakkan. Kita hanya merancang...
Sebenarnya rasa sedih sangat2 coz masa kami buat aktiviti ni hujan lebat. Beberapa aktiviti tak dapat dilaksanakan. Tambahan pula, cadangan kami nak "berkhemah" di persisiran pantai Tambak dengan tujuan memberi input2 yang berkaitan dengan "Cintai Alam Sekitar"...
Terpaksalah saya survey dulu area mana yang selamat untuk anak2 ni berkumpul.. pusing-pusing sekitar Tambak..so nampak gayanya "Terminal bas" lah tempat kami membuat aktiviti. Sedih rasa hati ni sebenarnya. Namun begitu objektif kami tercapai pada aktiviti kali ini iaitu:
i) Membina semangat bekerjasama dalam kumpulan
ii) Membina keyakinan diri anak2.
Jom!!!kita tengok sama2 pelbagai aksi anak2 yang sempat disnap.. Insyallah TBF akan adakan aktiviti pkhemahan di padang TBF September nanti. Mudah2an Allah permudahan urusan kami. Insyallah.
Sekian dulu. Assalamualaikum..:)


                   Nur Farisha dan Aishah Nabilla. Farisha bergaya dengan topi besarnya:)


            Di sini lah lokasi kami "berkhemah"...keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kami berada di    persisiran pantai.

"Kerana perpaduan...Kita masih bersama"....Anak2 menyanyikan lagu Satu Malaysia dengan penuh semangat
"Kita satu bangsa Kita satu negara..kita satu matlamat...."..Anak2 sememangnya mudah dilentur dan sangat cepat menghafal lirik lagu..Sebab itulah nyanyian dan kanak2 tidak dapat dipisahkan.

                                 Aktiviti berkumpulan..mencantum puzzle logo Tadika Bijak Fikir


         Ini lah hasil kerjasama anak2 dalam aktiviti berkumpulan...Tahniah dan syabas cikgu ucapkan.:)

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga kami berada di persisiran pantai walaupun tak sampai satu jam..