Sunday 24 July 2011

SUKANEKA TBF 2011

Salam:),
Alhamdulillah, satu lagi program TBF telah terlaksana sudah. Sukaneka TBF telahpun diadakan pada hari ini, 24 hb Julai 2011 (Ahad).
Seramai 44 orang murid telah terlibat di dalam program ini serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibubapa bersama keluarga masing-masing.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, negeri Johor dan lagu tadika. Ikrar sukaneka diketuai oleh adik Muaz Azmil Ilham Bin Azli. Manakala bacaan doa oleh adik Ariff Hakimie Bin Irwan. Kedua-dua murid ini dari kelas 6 Bijak. Alhamdulillah...berbangga rasa di hati cikgu melihat bakat kepimpinan serta keyakinan diri mereka. Guru besar Tadika Bijak Fikir,Puan Zaharah Bt Abd Rahman telah memberikan ucapan kata2 aluannya dan Encik Mohd Khatta,wakil PPD yang merupakan abah Husna Atiesya(murid 6 pintar).
Persembahan nyanyian gerakan Si Comel dan lagu Satu Malaysia telah dipersembahkan oleh anak2 TBF.
Acara sukan dimulakan dengan larian 50meter bagi kategori 5 tahun (lelaki/perempuan) dan 6 tahun (lelaki/perempuan). Bagi lelaki 5 tahun,tempat pertama dimenangi oleh adik Mohd Zhariff Zikry Bin Md Jais, tempat kedua, adik Addin Nufail Bin Asmunir dan ketiga, adik Fareez Haqim. Bagi 5 tahun perempuan, johan adik Nur Maisarah Yuskelana, tempat kedua Nuraisya afiqah Zainudin dan ketiga, adik Nurul Aneesah Nazarizal. Manakala 6 tahun lelaki, johan adik Mohd Harith,tempat kedua adik Ariff Hakimie dan ketiga adik Husaini. Bagi 6 tahun perempuan, johan adik Nurshamimi Sahira, kedua adik Aina Nadhirah dan ketiga adik Aina Darwisyah.
Selain larian secara individu,anak2 telah dibahagikan kepada 4 rumah pasukan, merah diketuai oleh adik Muaz Azmil Ilham, rumah oren diketuai oleh adik Syahrin Fahmi, rumah hijau diketuai oleh adik Husaini dan rumah biru diketuai oleh adik Aeffi Nurzikri. Setiap kumpulan diwakili 11 orang murid.
Antara acara-acara yang telah dijalankan ialah isi guli dalam botol, isi air dalam botol, leret bola gunakan gelung dan suai padan nombor. Bagi ketiga-tiga acara kecuali suai padan nombor, masa telah diperuntukkan selama 5 minit.
Sukaneka pada tahun ini telah dijuarai oleh rumah pasukan hijau, naib johan rumah pasukan merah, tempat ketiga rumah oren dan tempat keempat rumah biru. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ke semua anak2 murid TBF kerana telah berjaya dan beraksi dengan penuh semangat kesukanan.
Sukaneka ini bertambah meriah lagi dengan penglibatan bersama ibubapa murid yang mana beberapa acara telah disediakan untuk mereka antaranya ialah musical chair bagi kaum ibu yang telah dimenangi oleh Puan Zahriah (ibu Balqis), acara triathlon bagi kaum bapa . Acara triathlon ini dimulakan dengan lari dalam guni, selepas itu mereka dikehendaki meniup belon sebanyak 2 biji dan dikepitkan di ketiak dan bapa perlu memecahkan kedua-dua belon tersebut...Hmm memang seronok dan happy sangat2 melihat aksi para bapa bersukan..Jangan ada yang balik mengadu sakit kaki sudah lah.:)
Tambah menarik dan hapenning sangat2 bagi acara bawa belon berisi air untuk pasangan suami isteri. Belon yang telah diisi air perlu dibawa oleh pasangan dengan meletakkannya di dahi pasangan..Pelbagai aksi dapat kita lihat..romantik n touching gitu! Acara seterusnya ialah acara untuk anak,ibu dan bapa iaitu acara menyusun puzzle yang merupakan logo TBF. Mereka perlu melengkapkan puzzle bagi membentuk logo TBF. Memang menyeronokkanlah sukaneka pada kali ini. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Dah penat bersukan, tibalah pula masanya penyampaian hadiah. Dan tak lupa juga ada cabutan nombor bertuah. Alhamdullillah pada tahun ini, TBF telah  banyak menerima  sumbangan daripada ibubapa murid. Terimakasih daun keladi, tahun depan bolehlah menyumbang lagi. Selain itu, teka guli pun ada. Encik Halim telah berjaya menekanya dengan tepat. Tahniah diucapkan. Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Encik Mohd.Khatta,wakil PPD Pontian merangkap bapa murid TBF( abah Husna Athiesya), Encik Muzakkir Mohd Sidek dan Encik Muzammir (pengadil sukaneka) serta Cikgu Zaharah, guru besar TBf.
Jam 11.20 pagi acara sukaneka telahpun dapat diselesaikan dengan jayanya.
Alhamdulillah tahniah dan syabas lagi sekali diucapkan kepada ke semua murid TBf serta ibubapa murid serta ke semua staff TBF. Jom kita tengok aksi2 anak2 dan ibubapa yang sempat disnap.
sekian, assalamualaikum:)