Tuesday 24 January 2012

Kenapa anak anda masih lagi menangis :'(






Salam,
Dah hampir sebulan anak-anak anda ke tadika.Sessi orientasi dah pun selesai..Tapi kenapa masih ada lagi anak-anak yang menangis ya? Tak tercapai ke objektif sessi orientasi kami?..Aduh!!!Pening juga ibubapa melayan karenah anak-anak ni..Terganggu segala rutin harian dibuatnya..Tapi cikgu2 di TBF nampaknya masih lagi cool.. Pada pandangan saya, objektif orientasi telah tercapai meskipun terdapat seorang dua lagi murid yang menangis. Cuma kita perlu lah mencari punca mengapa anak anda masih lagi menangis dan tak mahu ke tadika..


Cuba kita lihat kat sini beberapa faktor yang membuatkan anak anda masih lagi menangis :


a) Rasa Mengantuk : Apabila anak tidak mendapat tidur yang cukup menyebabkannya tidak mahu pergi ke sekolah. Cuba kita "check"kembali pukul berapa anda menyuruh anak anda tidur? Pukul 10, pukul 11, pukul 12 malam ..Haaa...lepas ni pastikan anak anda tidur sebaiknya sebelum pukul 10 malam kerana anak seusia 4,5 dan 6 tahun memerlukan waktu tidur sebanyak 10jam untuk membolehkan dia bangun dlm keadaan segar. Sebagai ibubapa, kenalah berkorban sikit masa untuk menonton TV dan sebagainya..Pastikan anak dah tidur, barulah kembali menonton atau wat kerja2 lain. 


b) Tinggalkan saja bila anak MENANGIS !!! Fuhh!!Ayat mcm kejam je..!!Ini wajar untuk parents lakukan. Bila anak menangis, berilah keyakinan dan kepercayaan sepenuhnya kepada cikgu2 di tadika untuk menguruskannya..Masa inilah anak mula mengerti bahawa ibu atau ayahnya menghantarnya ke tadika bukan untuk ditinggalkan selamanya tetapi hanya untuk beberapa tempoh yang tertentu..Lama kelamaan anak ini akan faham. Apabila anda menemaninya di tadika dan melayan karenah tangisnya membuatkan anak tidak ingin mencuba atau tak ingin berdikari. Dan anak ini akan berasa seronok apabila dia sentiasa ditemani ibu atau ayahnya berbanding rakan2 sebayanya..tapi sampai bila???


c) Berilah pujian dan kata2 peransang : Selalulah memberikan kata-kata pujian kepada anak..Sebagai contoh.."Aiman anak yang baik kan.Anak yang baik masuk syurga..Aiman jangan nangis ya..Belajar rajin rajin tau"..Ucapkanlah Alhamdulillah apabila anda mengambilnya sewaktu pulang dari tadika. Salami anak anda dan pelukcium lah dia..Tentu anak anda merasa yakin bahawa anda sebenarnya bukanlah hendak meninggalkannya.Pasti dia tidak menangis lagi dan mula merasa seronok hendak ke sekolah.


d) Bacalah Ya Latiff sebyk 7 kali dan tiupkannya di ubun2 anak..dan sedekahkanlah al fatihah untuk anak anda(boleh dibaca bila2..walaupun masa tgh drive) niatkanlah di dalam hati.".lembutkan hati anakku ini (Sebut namanya),tetapkanlah hati anakku ini.." Insyallah kita memohon dan meminta pertolongan drp Allah sebagai salah satu usaha kita. Ingat tau!!! jgn minta kat bomoh..he3...
Okay...selamat mencuba..Mudah2an anak-anak kesayangan kita semua suka pergi ke sekolah dan happy selalu hendaknya:)