Friday 1 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013

Salam..
Pagi tadi (1 hb Feb 2013/20 Rabiulawal 1434H) TBF telahpun mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yg telah dirancang. Cuaca pun baik..
aktiviti ni diadakan setiap tahun sempena maulidur rasul..bg menyemai dan memupuk rasa cinta anak2 kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Perarakan sambil berselawat dimulakan seawal jam 830pagi.. Anak2 begitu teruja sekali.. berselawat dengan penuh semangat!!! Nak tahu apa yg telah berlaku semasa kami berarak... adalah sekor anjing melalak kuat di kawsn kejiranan nih..sy ckp kat anak2..kita berselawat lagi kuat..kalahkan suara anjing tu.. emmm...terus terdiam anjing tu dgr suara anak2 berselawat ...
Selesai berarak..anak2 memperdengarkan bacaan ayat lazim dr adik farish rukaini, danish ashraf, darine naurrah n sofea. selepas tu anak2 mendengar sirah kelahiran rasulullah.
Anak2 dijamu dgn nasi minyak, ayam masak kurma n kuah dalca. Habis licin anak2 ni makan. Memmang  seronok lah tengok anak2 ni makan di dalam dulang..amalan rasulullah..semoga anak2 tbf bersatu hati dan saling kasih mengasahi sesama mereka..amin..
Pada sambutan kali ni, diadakan juga pertandingan mewarna..Alhamdulillah..majlis selesai pada jam 11 pagi. Jom la tgk gmbr anak2 ni..Semoga anak2  didik mengenali Rasullullah "Rasullullah dalam mengenangmu, kami susuri lembaran sirahmu..pahit getir perjuanganmu,membawa cahaya kebenaran... engkau taburkan pengorbananmu..utk umatmu yg tercinta,biar terpaaksa tempoh derita..cekalnya hatimu menempuh ranjaunya..tidak terbalas segala jasamu,sesungguhnya engkau rasul mulia.. Walau tak pernah melihat wajahmu..tapi kami mengamal sunnahmu..:)