Wednesday 5 October 2011








Salam,
Hari ini (5 hb Oktober 2011/Rabu) telah menjadi satu sejarah dalam diari hidup anak2 dan kami semua apabila kami berpeluang menaiki kapal..  Alhamdulillah, satu lagi program tadika telah dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah dirancang. Tepat jam 8.15 pagi, bas yang membawa kami (murid2 dan guru2 TBF) iaitu seramai 49 orang telahpun meninggalkan perkarangan tadika. Jelas terpancar wajah2 keriangan anak2 ini setiap kali ada aktiviti outdoor.Destinasi yang menjadi pilihan TBF kali ini adalah membawa anak2 menaiki kapal.
Fitrah anak2 yang sukakan sesuatu yang baru, suka meneroka dan meng"explore" bagi menimba pengalaman. Dan menjadi tugas kami untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari oleh anak2 di tadika dan merasai pengalaman yang baru. Sudah pastinya setiap program yang kami jalankan ada objektif yang hendak disampaikan selain daripada memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada anak2.
Jam 9.25 pagi, kami telah sampai ke Jabatan Laut Wilayah Selatan, Gelang Patah. Wahh!!! Anak2 sangat teruja dan keriangan apabila melihat kren2 yang besar dan kapal2 yang berlabuh di perairan. Di sini lah juga bermulanya cabaran bagi kami guru2 TBF untuk mengendalikan "keterujaan "anak2 ni.. Membawa anak2 kecil seusia 5 dan 6 tahun tak sama dengan anak2 di sekolah rendah atau menengah yang mudah menerima arahan guru..Kalau anak2 tadika ni  berlari2, cikgu2nya pun berlari lah juga..(stamina perlu ada)..
Setelah mendengar penerangan ringkas dari pegawai di jabatan laut...
Jeng jeng jeng!!!!!
Kami diberitahu akan dibawa menaiki kapal dari pelabuhan Tanjung Pelepas ke sempadan Tanjung Bin..
Satu lagi cabaran buat guru2....untuk mengatur dan mengawasi anak2 agar tiada kemalangan berlaku. Kapal dah sedia menunggu..anak2 seorang demi seorang dinaikkan dari jeti ke atas kapal. Ada lah juga yang mulai pening2 bila mereka berada di atas kapal yang sedang bergerak..Di dalam kapal, kami dibenarkan melihat bilik kapten, bilik jurutera, bilik staf, dapur, bilik air selain melihat sendiri apa jua yang ada di dalam kapal tersebut. Memang suatu pengalaman yang baru bagi kami semua.
Perjalanan mengambil masa kir2 satu jam (pergi dan balik)..
Selesai sudah menaiki kapal, kami bergerak pula ke destinasi ke dua iaitu ke zoo dan masjid Sultan Abu Bakar. Ok la...kita tengok sama2 aksi anak2 sepanjang trip ini..


























































Sekian dulu, salam sayang dr Cikgu Zara