Thursday 29 December 2011

Minggu Orientasi Murid Baru 2012

Salam,
Mudah2n semuanya sihat dan sentiasa dirahmati Allah hdknya. Sessi persek 2012 tak lama lg akan bermula.. Alhamdulillah bg sessi 2012 nampaknya ada penambahan murid..tp yg sedihnya dua org cgu plak dah berhenti..Cikgu Gee n Cikgu Zu... :'( Orientasi kali ini benar2 memberi cabaran pd kami semua apatah lg bg cgu yg baru(cgu seha n cgu nana)..Saya pulak tak dpt la nak bg comitmen sepenuhnya pd sessi orientasi ni.. almaklumlah byk ms dihabiskan kat ofis bg menerima pendaftaran dan pbyran yuran..:)
Namun begitu orientasi dapat dijalankan sebgmana yg telah diprogramkan..Fitrah anak2 menghadapi suasana dan situasi yg baru bg mereka..berasa curiga dan tidak selesa/selamat bila diserahkan kpd org yg tidak mereka kenali..kerana itulah kami adakan minggu orientasi utk anak2 ni..Objektifnya:
a) mendedahkan murid dgn suasana & persekitaran yg bari di tadika.
b) mengurangkan rasa malu & takut di kalangan anak2 yg berbeza latar belakang.
c) mengenali & membina hubungan mesra
d)membantu murid menyesuaikan persekitaran tadika
e) membangkitkan minat belajar
So...orientasi pd hari pertama amat" meriah" dengan tangisan anak2...hari kedua still ada yg menngis tp tak lah semcm hr ptma..hope hr ke3 sok..diaorg semuanya dah ok..mudah2an..Pelbagai aktiviti telah diadakan tuk anak2 ni seperti meniup belon n anak2 ni dibahagikan kumpulan mengikut warna belon yg mereka tiup.. membawa anak2 melwt n mnyatakan fungsi bilik air, ofis, dapur, bilik darjah, padang dsb..Selain drp tu diadakan juga akt berkump iaitu menguli tepung bersama2 bg membentuk play doh..Wah!!! Masa ni anak2 cukup gembira n teruja..yg menangis terus berhenti n exited nak menguli sama..Hmmm...anak2 memang suka explore sesuatu yg baru..tambah seronok bila ada sessi bercerita.."Cerita Si Murai dengan Kancil" yg diceritakan oleh cikgu Nana...semua tekun mendengar..selepas tu kami memberi peluang pula kpd anak2 menunjukkan bakat masing2..dgn akt main peranan..Hari kedua anak2 ni dah mula ada keyakinan diri n berasa seronok..mudah2an mereka semuanya dpt menerima pembelajaran dgn sempurna dan happy:)
ok..kita tgk dulu la aksi anak2 ni yg sempat disnap..sori sgt xdpt nak snap akt anak2 masa menguli tepung sebab semua tgn cgu2 penuh dgn tepung..termasuklah saya...(dpt lah tlg sekejap.pastu dah ada parent yg dtg nak wat pembyran yuran)..All of them happy sgt2..
sekian dulu...

































Tuesday 6 December 2011

"Tiga Tetamu Misteri"

       Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.
      Setelah menjawab salam,dia berkata, " Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?"Salah seorang daripada mereka berkata, "Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar."Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.  "Saya kekayaan," kata lelaki pertama.
"Saya kejayaan" kata yang kedua.
"Dan saya kasih sayang," ujar lelaki tua yang akhir.  Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun, yang paling tua antara mereka berkata,"Hanya seorang sahaja daripada kami yang boleh masuk."
"Jadi kami terpaksa memilih antara kamu bertiga?"
"Ya," jawab mereka. 

"Tunggu kami berunding dahulu," pinta tuan rumah. "Kita pilih kekayaan,"cadang si isteri. 
"Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan.Dengan kekayaan boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini."

"Tidak,"kata si ayah."Apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya pasti kita akan mendapat harta. Bukan itu sahaja,malah banyak lagi."
"Ayah,ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang,"Kata si anak. "Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya..."
Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.
"Baiklah,kita akan menjemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita," kata si ayah.
"Tuan-tuan yang dihormati,kami mengambil keputusan untuk menjemput pak cik kasih sayang sebagai tetamu. Kami mohon maaf kerana menolak tuan kekayaan dan kejayaan,kerana itu jua yang tuan-tuan minta." Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka,namun diiringi oleh kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke dalam rumah.
"Eh,maafkan saya!Mengapa tuan-tuan semua masuk. bukankah tadi kami hanya memelih kasih sayang?"
"Anakku,jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya."
Mendengar yang demikian,lelaki,isteri dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah!

Pengajaran: Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang,kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta,mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali- kaya,harta,kaya jiwa!


~Sumber dipetik: Majalah Solusi Isu No 24,m/s 108