Sunday 28 August 2011

Kami Prihatin


Salam Penghujung Ramadhan dan Lebaran yang Menjelang Tiba...
Alhamdullillah terlaksana sudah satu program yang telah dianjurkan oleh TBF dengan kerjasama ibubapa murid...

Tujuan utama program PRIHATIN ini adalah untuk menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa
anak-anak.. Di dalam kesenangan dan kemewahan yang dinikmati, perlu diingat ada insan sekeliling yang mengalami kesusahan hidup.
Tambahan pula, sewaktu penyerahan barangan kepada mereka  turut disertai oleh anak2 TBF yang mana mereka dapat melihat sendiri kesusahan dan kedaifan hidup bagi golongan yang tidak berkemampuan..  Mudah2an program ini memberikan impak yang positif kepada anak2 dan kita semua.
Jom!! kita tengok gambar2 yang telah sempat disnap oleh kami yang  tak"pro" ini.. He3
Sekian dulu..Assalamualaikum...Cikgu Zara..


Sekian sahaje gambar-2 semase aktiviti Kami Prihatin .
Saya , Cikgu Zahara mewakili warga TBF ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri .
Maaf Zahir Dan Batin ^_^

Thursday 11 August 2011

Aktiviti di bulan Ramadhan

Assalamualaikum:)
Alhamdulillah dah 11 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Pada bulan yang mulia ini, TBF telahpun melancarkan satu program bertujuan untuk menerapkan nilai2 murni ke dalam diri anak2 iaitu "PROGRAM KAMI PRIHATIN".  TBF telahpun memohon sumbangan ikhlas daripada parents murid bagi membantu golongan miskin(kurang berkemampuan) bagi menghadapi persiapan hari raya aidilfitri nanti.

Syukur alhamdulillah melalui sumbangan berbentuk barangan keperluan, wang serta pakaian yang disumbangkan oleh ibubapa murid TBF,insyallah akan diserahkan pada 13& 14 hb Ogos ini. Rasa terharu bilamana mendapat respon yang amat menggalakkan daripada parents..
Insyallah penyerahan sumbangan akan turut disertai oleh anak2 murid TBf dan ibubapa murid..
Ok lah saya upload kan dulu barang2 yang telah disumbangkan oleh ibubapa murid... Nanti kita sambung lagi bila program penyerahan ini dilaksanakan.Insyallah.Mudah2an Allah merahmati dan memberkati usaha yang TBF lakukan. Sekian dulu ...dari saya..Cikgu Zara