Saturday 15 September 2012

Marhaban Cilik TBF

Salam,
Tap tap tup...alkisah masa terus berjalan tanpa kita sedari rupa2nya dah penghujung Syawal.. Namun begitu masih ada lagi jemputan open house dari kawan2..hari ni je ada 3 jemputan..Insyallah akan cuba Cikgu Zara penuhi undangan.. Ok lah..cikgu zara nak upload kan gambar2 yang sempat diambil masa aktiviti marhaban yang telah diadakan sepanjang 3 hari ( 6 hb September ~ 8hb September 2012). Alhamdulillah sebanyak 8 buah rumah telah anak2 TBF kunjungi..Terimakasih kepada parents yang sudi terima kunjungan anak2 ni antaranya ialah Pn Rozidah- ibu Maisara, Pn Nuranisyah- ibu Zikry, Pn Ngatinah (pembantu pengurusan murid), Pn Rohati- ibu Irdina, Pn Norma- ibu Danish Haiqal, Pn Farah- ibu Puteri Maisara, Pn Sariah- ibu Amir Ikmal, Pn Aadila- ibu Hayqal Hayat. Cikgu Zara dan cikgu2 yang lain (cikgu Yana, Cikgu Seha, Cikgu Dila n Che Tina) mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada kekurangan dan kelemahan daripada kami semua sepanjang kami berada di rumah anda semua..
Sebenarnya aktiviti marhaban ini merupakan salah satu program wajib di dalam 'kalender TBf" ni. Tahun ini merupakan tahun yang ke 5 ianya dilaksanakan..Wahh!!! Dah lama jugak rupanya program ni dijalankan ya.. Alhamdulillah terlaksananya program seperti ini adalah daripada anda semua (ibubapa murid yang sangat memberikan galakkan dan sokongan). Insyallah tahun hadapan, pada bulan Syawal yang akan datang, rombongan Marhaban Cilik kembali lagi. Oh ya!! Last marhaban anak2 TBF di rumah siapa.. Guest who??? He3..ke rumah Guru Besar TBF la..Cikgu Zara.. Seronok anak2 ni bila diberitahu anak lagi marhaban dan paling anak2 teruja bila diberitahu rumah yang akan dikunjungi ialah rumah Cikgu Zara..:)
So pada hari Rabu ( 12 hb September 2012) anak2 ke rumah Cikgu Zara dengan menaiki van sekolah. ANak2 n cikgu2 "berkampung" di rumah Cikgu Zara selama 2 jam...Melihat wajah anak2 yang ceria dan exited.. apalagi Cikgu Zara pulak masak Nasi Kismis".Hmmm nyam nyam nyam!!!! Pastinya meninggalkan kenangan manis untuk kami semua..Ok la kita tengok gambar anak2 yang sempat diambil.. Maaflah tak banyak gambar yang dapat diambil sebenarnya..:)..Sekian dulu jumpa lagi..Assalamualaikum..:)

Sementara menanti kedatangan van sekolah.. Ceria kan anak2 ni
Sempat lagi anak2 ni main "sep sep sep me me me"..
Comelnya nak2 ni..Semoga anak2 akan menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan ibuayah..Amin

Seempat lagi Cikgu Zara bergambar dgn anak2 (Irfan, Farez, Hayqal n Arish)
Ni dia..ketua Marhaban Cilik TBF "Nuraisya Afiqah Zainudin "sedang membaca doa marhaban
Di rumah Amir Ikmal..
 
Bakat anak2 ni perlu dipupuk dari kecil lagi
2 in 1..Haah..selain bermarhaban sempat lagi meraikan harijadi Irdina..
Irdina n adiknya, Isyamiel