Tuesday 29 November 2011

JAWATAN KOSONG 2012

Salam,
TBF memerlukan pembantu guru tadika. Kelayakkan minima SPM kredit BM,BI n MATH. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019 7528003 atau 0177604640..

Monday 21 November 2011

Hari Graduasi TBF 2011

Salam semua,
Majlis Graduasi TBF bagi kali ke 11 telahpun berlangsung dengan jayanya di dewan STMI(1) pada 20 hb Nov 2011(Ahad) jam 8.30 pagi. Alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna sebagaimana yang telah dirancang. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Johor dan lagu Tadika Bijak Fikir oleh anak2 dari kelas 5 Arif, 5 Cerdik, 6 Bijak dan 6 Pintar.Nyanyian mereka dipimpin oleh Cikgu Gee. Majlis tidak sempurna tanpa memohon doa restu dari Ilahi. Oleh itu, Adik Muhd Syahrin Fahmi telah tampil untuk mengetuai bacaan doa. Tahniah! Fahmi..kerana membaca doa dengan lancar. Selepas itu saya pula selaku Guru Besar TBF  mengambil tempat untuk memberikan sedikit ucapan. Kata puteri saya, Alia Syafinaz "Suara ibu masa berucap mendatar je..." Sebenarnya keadaan kesihatan saya sedikit terjejas ketika ini.. Namun saya gagahkan juga..maklumlah ini majlis saya bersama anak2.. Tambahan pulak majlis kemuncak bagi tahun 2011.Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat bersama anak2 pada majlis ini. Ucapan seterusnya disusuli Encik Muzakkir Mohd.Sidek berucap bagi mewakili ibubapa murid. Terimakasih ya  Encik Muzakkir. Banyak sungguh kata-kata pujian yang diberikannya terhadap TBF. Insyallah pujian yang diberi tidak sekali-kali melalaikan kami, malah kami terus bertekad menjadikan TBF yang terbaik di daerah ini dan menjadi pilihan utama ibubapa. Jomlah kita lihat dulu gambar2 yang sempat disnap oleh puteri saya.
-
-
-
-
Semasa Di"backstage" sebelum persembahan :]

Nyanyian lagu Negaraku , Negeri Johor dan Lagu TBF 

Ucapan Guru Besar TBF , Pn.Zaharah [:

Ucapan Wakil Ibubapa Murid , En.Muzakkir Mohd Sidek

Tarian "Slowmovement" daripada Murid2 6 Tahun

Nyanyian Koir oleh Murid2 6 Tahun

Majlis diserikan lagi dengan persembahan anak2 4 & 5 tahun. Nyanyian lagu Tanya Sama Pokok, The Wheels On The Bus serta 1,2 buckle my shoes. Hmmm...masa ni meriah sungguh! Apa tidaknya ramai ayah ibu yang bangun dan berdiri di depan stage tuk mengambil gambar anak2...Selain nyanyian, ada persembahan bercerita oleh anak2 5 & 6 Tahun. Syabas tuk Muhd.Husaini, Ainaa Nadhirah, Hayqal Hayat n Azriel Idham kerana telah memberikan persembahan yang menghiburkan.
Selesai persembahan, inilah masa yang dinanti2kan iaitu penyampaian sijil  & cenderahati kpd kesemua anak TBF. Selain itu, hadiah kedudukan dalam kelas , hadiah perfect score A turut diberi kpd anak2 yang telah berjaya dengan cemerlang. Tahniah dan syabas. Moga terus cemerlang pada masa akan datang. Amin..
Bagi murid terbaik 5 tahun, dimiliki oleh Adik Nuraisya Afiqah Bt Zainudin. Manakala 6 tahun Adik Muhd Syahrin Fahmi Bin Othman. Doa dari cikgu moga anak2 yang lahir dari TBF akan terus berjaya dan cemerlang hendaknya, dapat berbakti kpd ke dua ibubapa, bangsa dan negara. Selesai sudah penyampaian hadiah dan sijil.................
Tup2 pengacara majlis,pn.Ishayu Ishak mengumumkan bahawa Cikgu Muzakkir ingin memberikan sedikit ucapan. Saya yang duduk bersebelahan dengan Cikgu Zahriah(isteri Cikgu Muzakkir) terpinga2 sebab takde dalam tentatif majlis. Tambah tercengang apabila Cikgu Muzakkir meminta saya untuk tampil ke hadapan bagi menerima sumbangan ikhlas daripada ibubapa dan disampaikan oleh Pn Amidah...Ya Allah!!!Tak tahu nak digambarkan bagaimana perasaan saya waktu itu.. Terharu dan sedih bercampurbaur...Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua. Moga dengan doa ikhlas kalian dan dgn Izin Allah, mudah2an saya beroleh kesihatan yang baik seterusnya dapat terus berbakti mencurahkan ilmu kpd anak bangsa. Insyallah.







                      Aksi2 bercerita oleh anak2 TBF..Tahniah n Syabas diucapkan!!




















                              Persembahan daripada anak2 4 & 5 tahun..amat menghiburkan..















Cenderahati telah disampaikan oleh GB TBF,Pn Zaharah Abd Rahman

















           Cenderahati telah disampaikan oleh En.Muzakkir Mohd. Sidek, wakil ibubapa murid
        Pn Amidah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada ibubapa murid kepada Pn Zaharah